Thursday 23 May 2013

Langkahan pertama..

Sejak sekian lama meluangkan masa membaca blog rakan-rakan dan blogwalking ke pelbagai genre blog, timbul keinginan untuk saya memulakan blog saya sendiri. Jenuh membaca pelbagai tutorial oleh sifu-sifu bloggers dari tahap yang basic sehinggalah ke tahap advanced. Namun akhirnya saya memilih untuk menyediakan blog yang simple dan mudah dikendalikan. Senang, tak perlu pening-pening kepala..

Basically, blog saya ini belum mempunyai hala tuju mengenai genre yang akan saya ketengahkan dalam penulisan-penulisan yang akan datang. Maybe, blog rojak la kot...heheh. Buat masa ini saya akan sentuh apa jua yang terlintas di fikiran...mungkin mengenai kehidupan peribadi, perkongsian ilmu, pengalaman bercuti, pandangan kepada isu-isu semasa hatta bola sepak (Manchester United, tentunya!).

Akhir kalam, kalau ada sebarang nasihat, tunjuk ajar mahu pun pandangan mengenai blog ini, saya dengan rendah diri mengalu-alukannya. 

Sekian.



No comments:

Post a Comment