Wednesday 5 June 2013

Perancangan Projek Kreatif Kindness.my di Bulan Ramadhan ~ Donate For Ummah

Bulan puasa tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi. Kami di Kindness.my sudah mula merangka beberapa projek untuk dijalankan sebelum dan semasa bulan puasa yang penuh barokah ini. Kita pun tahu orang ramai akan jadi lebih perihatin dan tidak kurang juga ramai yang suka menderma bagi mengejar ganjaran di kehidupan yang abadi.
 
 Misi Kindness.my kali ini akan fokus kepada kempen "awareness". Misi asal Kindness.my ialah untuk menerap rasa ingin lakukan kebaikan secara berterusan dalam setiap diri manusia. Kita mahukan agar orang ramai sentiasa ingin lakukan kebaikan, tidak kira pada siapa atau dimana pun. Oleh yang demikian, berikut adalah antara program yang akan dijalan di bulan Ramadhan:


1- Projek Kurma
Pelaksanaan: Minggu pertama bulan puasa (antara 10-21 Julai 2013)
Lokasi: KL dan negeri-negeri lain

Projek Kurma Kindness.my yang telah ditaja oleh Heart & Sparks
 
Projek kurma ini adalah dimana kurma akan diagihkan kepada orang ramai di sekitar Kuala Lumpur dan besar kemungkinan di negeri-negeri lain. Kesibukan bekerja membuatkan ada yang hanya sempat berbuka puasa dengan air mineral dan di sini Kindness.my akan sediakan pek kurma bagi memudahkan warga kota untuk berbuka puasa. Pek kurma ini akan kami kotakkan dengan cantik dan setiap pek akan mempunyai 3 biji kurma Maryami. Mengapa kami pilih kurma Maryami adalah kerana kurma ini tahan lama dan boleh disimpan di dalam beg. Perancangannya, pek kurma ini akan mula diagihkan pada minggu pertama bulan Ramadhan.


2- Projek Dari Hati
Pengumpulan Dana: Sebelum puasa (1 Jun - 10 Julai 2013)
Perlaksanaan: Sepanjang bulan puasa (10 Julai - 5 Ogos 2013)
Lokasi: Rumah-rumah kebajikan

Projek Dari Hati ini adalah inisiatif salah seorang sukarelawan Kindness.my dimana kami akan mengumpul dana untuk dapatkan telekung dan kain pelikat untuk warga penghuni rumah kebajikan di sekitar Kuala Lumpur. Setakat ini, bajet bagi sepasang telekung dan kain pelikat ialah RM60 (RM30 untuk telekung dan RM30 untuk kain pelikat). Untuk fasa pertama, tiga buah rumah kebajikan telah dikenalpasti iaitu Asrama Darul Falah, Rumah Anak Yatim Perdana At-Taqwa dan sebuah rumah lagi masih sedang dikenalpasti. Fasa pertama ini akan mensasarkan 200 penerima yang terdiri daripada anak-anak yatim dan miskin, warga ibu tunggal dan mereka yang memerlukan.


3- Projek Singgit
Perlaksanaan: Sepanjang bulan puasa (10 Julai - 5 Ogos 2013)
Lokasi: Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain
 
Contoh yang pernah dilakukan di Amerika Syarikat

Projek Singgit ini diilhamkan dari kegiatan Random Act of Kindness di Amerika Syarikat. Caranya agak mudah sahaja tetapi memberi impak buat penerima manfaat tersebut. Team Kindness.my akan meletakkan RM1 di merata tempat seperti di rak kedai, mesin tiket parking, mesin air dan lain-lain tempat yang sesuai. RM1 itu akan disertakan dengan sebuah nota yang mengatakan, "To who ever found this, it is meant for you. A duit raya for the blessing month from Kindness.my". Maknanya RM1 adalah duit raya untuk anda! Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk menyebarkan tentang kebaikan. RM1 nilainya mungkin kecil bagi kita, namun begitu ada yang apabila menerima hadiah kecil seperti ini, dapat menggembirakan hati seseorang dan menggalakkan penerima tersebut untuk melakukan kebaikan pula kepada orang lain.
 
 
4- Projek Parking 5 Kupang

Perlaksanaan sebelum bulan puasa ( dalam bulan Jun hingga awal Julai 2013)
Lokasi: Kuala Lumpur dan negeri-negeri lain

gambar hiasan yang menujukkan mesin parking DBKL

Projek Parking 5 Kupang ini juga telah diilhamkan oleh salah seorang sukarelawan Kindness.my. Kaedahnya ialah dimana team Kindness.my akan topup parking kenderaan yang telah tamat tempoh. Bagi sekitar Kuala Lumpur, tiket parking biasanya diletakkan di wiper kereta. Bagi mesin tiket DBKL, akan memerlukan nombor plate kereta. Dan ya, kami akan lakukan seperti itu. Kereta yang mempunyai tiket yang sudah tamat tempoh akan digantikan dengan tiket baru bernilai 50 sen yang dapat tambah lagi sejam untuk parking tersebut. Mesej yang akan ditinggalkan akan berbunyi seperti ini. "You've been spotted! Your parking has expired so we decided to topup 50 sen for you so that you won't get any summon from the authority. Have a good day!" Alhamdulillah, projek ini juga telah mendapat penaja dari beberapa orang individu. Kami sasarkan untuk luaskan projek ini ke negeri-negeri lain juga dan sukarelawan akan digalakkan untuk berkongsi gambar di laman Facebook Kindness.my.


Semua projek Kindness.my ini bertujuan untuk menyebarkan kebaikan. Melakukan kebaikan ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja kepada semua orang tidak kira latar belakang atau warna kulit.

 
"Bandingan orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah (perbelanjaan derma) ialah seperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala (ganjaran) bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui." 
~ al-Baqarah ayat 261~

Pada yang berminat untuk menyumbang dan perluaskan kebaikan ini, boleh hubungi saya terus di matt@kindness.my atau di 0123377195 (boleh whatsapp). Nyatakan sahaja mana-mana projek yang ingin ditaja dan berkenan di hati. Atau like di page Kindness.my sebagai tanda sokongan anda!
 
Muhammad bin Kamarulazizi

 
sumber: Donate For Ummah

One million visitors expected at Putrajaya floral fest - Nation | The Star Online


 
PUTRAJAYA: An estimated one million visitors are expected to flock to the administrative capital to see the dazzling array of flowers that will be on display at the Putrajaya Floria 2013 from June 22 till 30.
 
Federal Territories Minister Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor said the organisers were optimistic of passing the one million mark based on the increasing turnout in each successive year since the festival was launched six years ago.
 
“Every year we see an increase in participants and I'm confident that over the nine days of the festival we will get more than one million visitors,” he said after the soft launch of the festival here.
 
Last year, an estimated 800,000 people visited Putrajaya to see the hundreds of thousands of flowers and plants put on display in the many exhibitions set up around the Putrajaya lake.
 
The organisers of this year's Floria - with the orchid in centre stage - have yet to set a revenue target, but Tengku Adnan pointed out that the multiplier effect is obvious.

 
“This event will give a big multiplier effect to the economy of Putrajaya. If you have one million visitors, and each visitor spends an average of RM50, you are looking at RM50mil generated over the nine days,” he said.
 
This year's Floria, themed “Orchid Tropical Treasure”, will showcase more than 200 orchid species including cultivated and hybrid species, apart from over 400,000 different flowers and plants.

 
There will also be over 200 events that will run over the nine-day festival, including a Garden Bazaar and Horticulture Market, orchid competition, photography and watercolour competition, and the Tourism Floral Parade 2013 themed “Magic of the Night”.
 
There will also be 23 international participants from 18 countries South Africa, Australia, Chile, China, the Philippines, Hong Kong, Italy, Japan, Germany, Canada, South Korea, Myanmar, New Zealand, Singapore, Taiwan, Thailand, the United Kingdom and Vietnam.
 
Entrance is free and the festival is open from 9am to 10pm on Mondays to Thursdays and from 9am to midnight on Fridays to Sundays.


Source: The Star Online : Floria 2013
 

Friday 31 May 2013

Floria Putrajaya 2013



Floria Putrajaya 2013, Floria, Floria Putrajaya, Orchid - Tropical Treasures
FLORIA, Putrajaya Flower & Garden Festival is set to stir up a storm once again over 9 days from 22nd  - 30th June 2013. The annual flower show is now an iconic event for Putrajaya, the capital of Malaysia - being its biggest event thus far with more than a million visitors recorded at last year’s event that featured 16 international participants and more than 100,000 bougainvillea plants of varied species and cultivar showcased in 82 landscaped garden plots. This year, the ever popular Orchid makes a comeback at FLORIA 2013 themed Orchid – Tropical Treasure. For information, this event  is organized Perbadanan Putrajaya and supported by Ministry of Federal Territories & Urban Wellbeing as well as Limkokwing University as the innovative partner.


Floria Putrajaya 2013 theme flower : Orchid

The opening ceremony will be officiated by His Majesty Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah on 22 Jun 2013 (Saturday) at 9.30 am at the FLORIA main stage in Precint 2, Putrajaya.

A lot of activities has been planned and surely will be the highlights of the FLORIA. Here are some of the activities:


  • Flowers Galore, The Grand Flower Bed as the centrepiece of the event has become an annual draw for visitors, a spectacular display of colour with flowers in full bloom.  In addition to exceptional displays of the theme flower - orchid, expect to see roses, heliconia, hibiscus, bonsai, herbs and much more.
  • Showcase Gardens by various associations, organizations, schools, and commercial gardeners will afford visitors a glimpse of exhibitors’ green fingers and garden design talents.
  • Royal Garden, a resplendent tropical garden aglow in royal yellow will certainly be a sight to behold.
  • Floral Pavilion is the ever popular air-conditioned indoor space for floral displays by international and local exhibitors that never fails to wow! visitors.
  • Orchid Competition will see the best orchids on display at FLORIA 2013 vying for the prestigious award(s).
  • Garden Bazaar is a horticultural market where visitors can buy plants, garden products, outdoor furniture, play equipment, biotech products, landscaping services and more.
  • Laman Seni or 'Art Square' is an exhibition and retail space for arts and crafts inspired by nature.
  • Longest Landscaped Vertical Wall, as its name suggests will be an iconic 300m landscaped wall that may just find its way into the Malaysia Book of Records.
  • Designer Gardens, 5 local landscape architects/designers and 4 international designers will put their best design on display at the flower and garden show.
  • Entertainment is accorded by street entertainers, brass bands, cheer leading and fireworks displays while parents welcome a respite with the ‘kiddyland’ that keeps children occupied.
  • Nightly Floral Parade, The 1 Malaysia International Tourism Night Floral Parade 2013 which runs simultaneously with FLORIA 2013 will feature brightly illuminated floats cruising upon Putrajaya Lake in nightly splendour.

Nightly floral parade (Pic.: http://blog.tourism.gov.my)

                       Date                   : 22 – 30 June 2013
                       Venue                : Waterfront, Precint 2, PUTRAJAYA
                       Opening Hours   : 9.00 am – 10.00 pm (Monday – Thursday)
                                                : 9.00 am – 12.00 am (Friday – Sunday)
                       Admission          FREE!

So, don’t missed it!

Festival Floria Putrajaya 2013 Kembali Lagi!



Floria Putrajaya 2013, Floria 2013, Floria Putrajaya, festival Floria Putrajaya 2013

Festival Floria Putrajaya 2013 kembali lagi dengan penganjuran yang akan memasuki tahun keenam setelah kali pertama diadakan pada tahun 2007 (festival tidak diadakan pada tahun 2008). Floria Putrajaya 2013 mengangkat bunga orkid (keluarga Orchidaceae) sebagai bunga yang menjadi tema festival tahun ini, iaitu Orchids – Tropical Treasure. Majlis perasmian dijangka akan disempurnakan oleh  DYMM Yang DiPertuan Agong Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah pada 22 Jun 2013 (Sabtu) jam 9.30 pagi di pentas utama Floria Putrajaya 2013.


orkid, tema floria 2013, tema floria putrajaya 2013
Orkid menjadi pilihan tema Floria Putrajaya 2013
Floria Putrajaya 2013 akan diadakan pada 22-30 Jun 2013 di Waterfront, Presint 2, Putrajaya. Festival akan dibuka mulai jam 9.00 pagi – 10.00 malam (Isnin hingga Khamis) dan 9.00 pagi – 12.00 tengah malam (Jumaat hingga Ahad). Masuk adalah percuma!

Terdapat banyak highlights  kepada Floria Putrajaya 2013, antaranya: 
  • Nightly Floral Parade, iaitu perarakan bot yang dihias dengan bunga dan cahaya di Tasik Putrajaya
  • Pertandingan Orkid bagi memilih orkid terbaik yang dipamerkan dalam Floria Putrajaya 2013
  • Longest Landscaped Vertical Wall, iaitu dinding lanskap sepanjang 300 meter yang dikhabarkan akan dimasukkan dalam Malaysia Book of Records
  • Garden Bazaar di mana para pengunjung dan pencinta bunga-bungaan boleh membeli pokok dan benih, barangan garden, perkhidmatan lanskap dan banyak lagi
Jadi kepada semua pencinta bunga-bungaan, khususnya orkid jangan lepaskan peluan ini untuk menambah ilmu baru dan menambah koleksi orkid anda! Ibu bapa juga boleh mengambil kesempatan  untuk meluangkan masa dengan anak-anak sambil menikmati keindahan bunga-bungaan yang bakal dipamerkan.

Maklumat lanjut mengenai Festival Floria Putrajaya 2013 boleh diperolehi di laman http://www.ppj.gov.my/putrajayafloria/floria.html.

Monday 27 May 2013

Beli rumah: Jangan lambat²..nanti melepas!


Untuk entry ini, saya memilih untuk berkongsi kisah mengenai pembelian rumah saya kali yang pertama. Alhamdulillah, pada umur saya 29 tahun saya sudah berjaya membeli rumah sendiri. Rumah bersaiz sederhana yang terletak di Sepang (atau Salak Tinggi, untuk lebih tepat) kini menjadi teratak bahagia saya, isteri dan dua anak kami. Kami beli rumah ini pada Oktober 2011 dengan harga sekitar RM240,000.00. Memang suatu komitmen kewangan yang tinggi kepada kami..mana tidak, dengan pinjaman dua kenderaan yang masih belum kunjung selesai di samping hutang² sedia ada, memang kami kena berjimat lebih lagi. Namun, bila difikirkan kembali sampai bila hendak menyewa, akhirnya kami nekad untuk membeli rumah (kami tinggal di kuarters kerajaan di Putrajaya sebelumnya).
 
Takdir Allah selepas kami membeli rumah tersebut, harga rumah mencanak naik di merata tempat. Di kawasan kami, tidak mungkin ditemui lagi rumah seperti kami dengan harga belian seperti di atas. Untuk makluman, kami membeli rumah semi-D satu tingkat dengan keluasan tanah sekitar 39 x  80 kaki...sengaja memilih rumah sedemikian supaya ada tanah untuk anak-anak bermain, manakala kedua-dua orang tua kami pula tidak lagi mengeluh perlu turun naik tangga. Berdasarkan survey kami tentang  projek-projek perumahan baharu di sekitar kawasan kami, majoriti rumah yang dijual dengan harga minimum sekitar RM300k dengan luas tanah yang lebih kecil berbanding kami, manakala status tanah kebanyakannya adalah leasehold (rumah kami adalah freehold, malay reserve).



Desa Baiduri Harmoni, rumah, semi-D, semi D, Salak Tinggi, Sepang, rumah cantik, rumah impian, freehold, Giching
Rumah baru siap dan baru ambil kunci daripada pemaju.

Meskipun Salak Tinggi tidaklah eksklusif seperti Putrajaya dan Bangi, tetapi kami gembira dengan pilihan kami untuk menetap di sini. Segala kemudahan ada di sini, antaranya KLIA dan LCCT, ERL Stesen Salak Tinggi, akses mudah ke lebuhraya PLUS dan LEKAS, Litar F1 Sepang, mudah untuk membeli belah barangan keperluan di Tesco dan Giant di Nilai, institusi pengajian tinggi seperti USIM, IKBTN Sepang dan Nilai University College, hotel, hospital, ibu pejabat polis dan macam-macam lagi dengan jarak perjalanan antara 5-20 minit sahaja dari rumah kami. Yang kami lebih gembira adalah perjalanan ke Putrajaya hanya mengambil masa 20-30 minit sahaja melalui jalan dua lorong (sehala) tanpa tol..mudah dan jimat!


Bersyukur kami atas rezeki yang Allah kurniakan...

p/s: terfikir, macam mana lah generasi anak cucu kita untuk memiliki kediaman sendiri di masa depan..adakah sebuah rumah teres biasa akan mencecah harga sampai RM1 juta sebuah?

Thursday 23 May 2013

Langkahan pertama..

Sejak sekian lama meluangkan masa membaca blog rakan-rakan dan blogwalking ke pelbagai genre blog, timbul keinginan untuk saya memulakan blog saya sendiri. Jenuh membaca pelbagai tutorial oleh sifu-sifu bloggers dari tahap yang basic sehinggalah ke tahap advanced. Namun akhirnya saya memilih untuk menyediakan blog yang simple dan mudah dikendalikan. Senang, tak perlu pening-pening kepala..

Basically, blog saya ini belum mempunyai hala tuju mengenai genre yang akan saya ketengahkan dalam penulisan-penulisan yang akan datang. Maybe, blog rojak la kot...heheh. Buat masa ini saya akan sentuh apa jua yang terlintas di fikiran...mungkin mengenai kehidupan peribadi, perkongsian ilmu, pengalaman bercuti, pandangan kepada isu-isu semasa hatta bola sepak (Manchester United, tentunya!).

Akhir kalam, kalau ada sebarang nasihat, tunjuk ajar mahu pun pandangan mengenai blog ini, saya dengan rendah diri mengalu-alukannya. 

Sekian.