Untuk entry ini, saya memilih untuk berkongsi kisah
mengenai pembelian rumah saya kali yang pertama. Alhamdulillah,
pada umur saya 29 tahun saya sudah berjaya membeli rumah sendiri. Rumah bersaiz
sederhana yang terletak di Sepang (atau Salak Tinggi, untuk lebih tepat) kini
menjadi teratak bahagia saya, isteri dan dua anak kami. Kami beli rumah ini
pada Oktober 2011 dengan harga sekitar RM240,000.00. Memang suatu komitmen kewangan
yang tinggi kepada kami..mana tidak, dengan pinjaman dua kenderaan yang masih
belum kunjung selesai di samping hutang² sedia ada, memang kami kena berjimat
lebih lagi. Namun, bila difikirkan kembali sampai bila hendak menyewa, akhirnya
kami nekad untuk membeli rumah (kami tinggal di kuarters kerajaan di Putrajaya
sebelumnya).
Takdir
Allah selepas kami membeli rumah tersebut, harga rumah mencanak naik di merata
tempat. Di kawasan kami, tidak mungkin ditemui lagi rumah seperti kami dengan
harga belian seperti di atas. Untuk makluman, kami membeli rumah semi-D satu
tingkat dengan keluasan tanah sekitar 39 x
80 kaki...sengaja memilih rumah sedemikian supaya ada tanah untuk
anak-anak bermain, manakala kedua-dua orang tua kami pula tidak lagi mengeluh perlu
turun naik tangga. Berdasarkan survey
kami tentang projek-projek perumahan
baharu di sekitar kawasan kami, majoriti rumah yang dijual dengan harga minimum
sekitar RM300k dengan luas tanah yang lebih kecil berbanding kami, manakala
status tanah kebanyakannya adalah leasehold (rumah kami adalah freehold, malay reserve).
Rumah baru siap dan baru ambil kunci daripada pemaju. |
Meskipun
Salak Tinggi tidaklah eksklusif seperti Putrajaya dan Bangi, tetapi kami
gembira dengan pilihan kami untuk menetap di sini. Segala kemudahan ada di
sini, antaranya KLIA dan LCCT, ERL Stesen Salak Tinggi, akses mudah ke
lebuhraya PLUS dan LEKAS, Litar F1 Sepang, mudah untuk membeli belah barangan
keperluan di Tesco dan Giant di Nilai, institusi pengajian tinggi seperti USIM,
IKBTN Sepang dan Nilai University College, hotel, hospital, ibu pejabat polis
dan macam-macam lagi dengan jarak perjalanan antara 5-20 minit sahaja dari
rumah kami. Yang kami lebih gembira adalah perjalanan ke Putrajaya hanya
mengambil masa 20-30 minit sahaja melalui jalan dua lorong (sehala) tanpa
tol..mudah dan jimat!
Bersyukur
kami atas rezeki yang Allah kurniakan...
p/s: terfikir, macam mana lah generasi anak cucu kita untuk memiliki kediaman sendiri di masa depan..adakah sebuah rumah teres biasa akan mencecah harga sampai RM1 juta sebuah?
No comments:
Post a Comment