Friday 31 May 2013

Festival Floria Putrajaya 2013 Kembali Lagi!



Floria Putrajaya 2013, Floria 2013, Floria Putrajaya, festival Floria Putrajaya 2013

Festival Floria Putrajaya 2013 kembali lagi dengan penganjuran yang akan memasuki tahun keenam setelah kali pertama diadakan pada tahun 2007 (festival tidak diadakan pada tahun 2008). Floria Putrajaya 2013 mengangkat bunga orkid (keluarga Orchidaceae) sebagai bunga yang menjadi tema festival tahun ini, iaitu Orchids – Tropical Treasure. Majlis perasmian dijangka akan disempurnakan oleh  DYMM Yang DiPertuan Agong Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah pada 22 Jun 2013 (Sabtu) jam 9.30 pagi di pentas utama Floria Putrajaya 2013.


orkid, tema floria 2013, tema floria putrajaya 2013
Orkid menjadi pilihan tema Floria Putrajaya 2013
Floria Putrajaya 2013 akan diadakan pada 22-30 Jun 2013 di Waterfront, Presint 2, Putrajaya. Festival akan dibuka mulai jam 9.00 pagi – 10.00 malam (Isnin hingga Khamis) dan 9.00 pagi – 12.00 tengah malam (Jumaat hingga Ahad). Masuk adalah percuma!

Terdapat banyak highlights  kepada Floria Putrajaya 2013, antaranya: 
  • Nightly Floral Parade, iaitu perarakan bot yang dihias dengan bunga dan cahaya di Tasik Putrajaya
  • Pertandingan Orkid bagi memilih orkid terbaik yang dipamerkan dalam Floria Putrajaya 2013
  • Longest Landscaped Vertical Wall, iaitu dinding lanskap sepanjang 300 meter yang dikhabarkan akan dimasukkan dalam Malaysia Book of Records
  • Garden Bazaar di mana para pengunjung dan pencinta bunga-bungaan boleh membeli pokok dan benih, barangan garden, perkhidmatan lanskap dan banyak lagi
Jadi kepada semua pencinta bunga-bungaan, khususnya orkid jangan lepaskan peluan ini untuk menambah ilmu baru dan menambah koleksi orkid anda! Ibu bapa juga boleh mengambil kesempatan  untuk meluangkan masa dengan anak-anak sambil menikmati keindahan bunga-bungaan yang bakal dipamerkan.

Maklumat lanjut mengenai Festival Floria Putrajaya 2013 boleh diperolehi di laman http://www.ppj.gov.my/putrajayafloria/floria.html.

No comments:

Post a Comment